Thursday, December 22, 2016

Happy Borthday Nash

Selamat hari lahir buat sahabat yg di rindui Nasrudin Sharkawi.. Semoga nash dalam lindungan Allah SWT.. Nina selalu doakan nash dalam keadaan sihat dan bahagia selalu di samping keluarga yg tersayang... Lama kita ndak berjumpa kan nash.. Apapun nina harap sangat nash ndak lupa dgn nina.. Semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat InsyaAllah.. Sempena hari lahir nash nina doakan nash dipanjangkan umur dan sentiasa diperbanyakkan rezeki.. Ya Allah aku memohon Engkau peliharalah dan lindungilah sahabatku iaitu Nasrudin Sharkawi.. Berilah dia kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. Amin.. Happy Birthday Nash.. Rindu kamu selalu..😊😊😊😊😊

Saturday, October 18, 2014

1st Aniversery My Wedding

Ya Allah 
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash 
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus 
bersamanya 
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan 
membimbing tanganku dititianMu 
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala 
perbuatannya 
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di 
Jannah Mu 
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan 
segala perintahnya 
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di 
DuniaMu 
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari 
menyakiti perasaannya 

Sekiranya... 
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka 
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah 
dan ragamnya 

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu.. 
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. . 
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang 
melalaikan.. 
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan 
keadaanya 
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan 
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya 
keluar dari terus terlena 

Ya Allah... 
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku 
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan 
ketelanjuranku 
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan.. 
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai 
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai 
isteri.. 
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu 
Sekiranya aku engkar dan derhaka, Berikanlah aku 
petunjuk kearah rahmat Mu 

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.. 
Aku buta tanpa bimbinganMu. . 
Aku cacat tanpa hidayahMu.. 
Aku hina tanpa RahmatMu.. 

Ya Allah 
Kuatkan hati dan semangatku 
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu 
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami 
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu 
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha 
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan 
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu 
Kerana aku sedar hinanya aku 
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru 
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu 
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu 
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu 

Ya Allah Ya Tuhanku... 
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati 
Isteri yang dikasihi 
Isteri yang soleha 
Isteri yang sentiasa dihati 

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Ulang tahun perkahwinan yg pertama

Ya Allah aku bersyukur padaMu atas segala yang telah Engkau kurniakan.. Hari ini genap setahun perkahwinan yg telah aku lalui.. Walaupun perbagai rintangan dan dugaan dalam melalui kehidupan berumahtangga, aku cukup bahagia hidup bersama suamiku yg tercinta.. Semoga Engkau merahmati dan memberkati hubungan ini sehingga ke JannahMu. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yg Pertama My Dear Mohamad Taufik bin Sugiyo.. Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin..

Wednesday, September 17, 2014

Dah abis pantang..

Yehhh hari ni genap 44 hari baby Iman.. Tapi baby Iman sekarang ni tengah sakit batuk pulak.. Kasian anak mama kan.. Tidur pun ndak selesa.. Mama risau dengan Iman syg.. Cepat sembuh ya syg.. Mama nak bawa Iman jalan jalan tau.. Apapun mama syg Iman..muuuaah

Saturday, August 23, 2014

Saya dah jadi Ibu..

Alhamdulillah Ya Allah.. Aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 5.8.2014@945 malam.


Terima kasih Ya Allah atas anugerah yg telah engkau berikan padaku.. Hari ini genap 18 hari aku bergelar seorang ibu kepada anakku yg diberikan nama Aidil Iman Azimi..Terlalu indah rasanya atas anugerah yg Allah berikan padaku.. Ya Allah aku akan jaga amanah yg telah Engkau berikan padaku sebaik baiknya.. Semoga anakku menjadi seorang anak yg soleh dan beriman.. Amin..

Friday, June 20, 2014

Syukur alhamdulillah.. Ndak lama lagi aku bergelar seorang ibu.. Best rasanya bila kita mengandung kan.. Ya Allah berilah aku kekuatan dan kemudahan ketika aku melahirkan anak nanti.. Jadikan lah anakku seorang anak yg soleh dan beriman... Semoga anak ni akan memberikan rezeki buat kami suami isteri..

Thursday, January 16, 2014

Selamat hari Karmila

Hari ini hari lahir saya yang ke 34 tahun.. wah dah tua rupanya aku kan.. tapi rasa macam umur aku baru 24 tahun rupanya 34.. Apapun syukur kerana Allah masih memberi aku peluang untuk meneruskan hidup di samping orang yg aku sayang.. Doaku semua 5S yg aku azamkan tiap tiap tahun sentiasa tercapai dgn cemerlang.. Semoga juga aku jadi seorang isteri yg solehah dan anak yg berbakti dan patuh pada kedua orang tuaku.. amin..

Alhamdulillah syukur padamu ya Allah kerana selalu memberi kebahagiaan dan ketenangan dalam diri ini.. terima kasih juga atas rahmatMu Ya Allah atas rezeki yg sentiasa ada buat diriku..