Thursday, January 16, 2014

Selamat hari Karmila

Hari ini hari lahir saya yang ke 34 tahun.. wah dah tua rupanya aku kan.. tapi rasa macam umur aku baru 24 tahun rupanya 34.. Apapun syukur kerana Allah masih memberi aku peluang untuk meneruskan hidup di samping orang yg aku sayang.. Doaku semua 5S yg aku azamkan tiap tiap tahun sentiasa tercapai dgn cemerlang.. Semoga juga aku jadi seorang isteri yg solehah dan anak yg berbakti dan patuh pada kedua orang tuaku.. amin..

Alhamdulillah syukur padamu ya Allah kerana selalu memberi kebahagiaan dan ketenangan dalam diri ini.. terima kasih juga atas rahmatMu Ya Allah atas rezeki yg sentiasa ada buat diriku..


Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Happy New Year 2014
 Syukur alhamdulilah.. kita telah berada di tahun baru. Semoga amalan kita bertambah dan hidup dalam ketenangan.. saya berazam untuk tahun ini iaitu 5S.. mo tahu apa tu 5S

S1.. SOLAT- Tunaikan solat 5 waktu. Tiada alasan dan kompromi dalam soal ni..
S2.. SEDEKAH - Selalu bersedekah dan sedekah pada hari jumaat aku wajibkan..
S3.. SABAR- Banyakkan bersabar dgn apa dugaan yg Allah berikan.. org sabar kan di sayang Allah :-)
S4.. SYUKUR - Sentiasa bersyukur atas rezeki yg telah diberikan.. jangan mo mengada gada ya.. ada lagi org yg lebih susah dari kita ok..
S5.. SENYUM - Senyum selalu dgn org dan jauhkan prasangka buruk dgn org lain.. Senyum seindah suria membawa bahagia kan..

Ini lah azam aku dalam hidup.. dan aku jadikan azam aku ni tercapai tiap tiap tahun.. ok karmila.. u can do it.. chayoo chayoo...