Saturday, October 18, 2014

1st Aniversery My Wedding

Ya Allah 
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash 
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus 
bersamanya 
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan 
membimbing tanganku dititianMu 
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala 
perbuatannya 
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di 
Jannah Mu 
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan 
segala perintahnya 
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di 
DuniaMu 
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari 
menyakiti perasaannya 

Sekiranya... 
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka 
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah 
dan ragamnya 

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu.. 
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. . 
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang 
melalaikan.. 
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan 
keadaanya 
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan 
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya 
keluar dari terus terlena 

Ya Allah... 
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku 
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan 
ketelanjuranku 
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan.. 
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai 
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai 
isteri.. 
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu 
Sekiranya aku engkar dan derhaka, Berikanlah aku 
petunjuk kearah rahmat Mu 

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.. 
Aku buta tanpa bimbinganMu. . 
Aku cacat tanpa hidayahMu.. 
Aku hina tanpa RahmatMu.. 

Ya Allah 
Kuatkan hati dan semangatku 
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu 
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami 
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu 
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha 
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan 
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu 
Kerana aku sedar hinanya aku 
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru 
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu 
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu 
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu 

Ya Allah Ya Tuhanku... 
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati 
Isteri yang dikasihi 
Isteri yang soleha 
Isteri yang sentiasa dihati 

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Ulang tahun perkahwinan yg pertama

Ya Allah aku bersyukur padaMu atas segala yang telah Engkau kurniakan.. Hari ini genap setahun perkahwinan yg telah aku lalui.. Walaupun perbagai rintangan dan dugaan dalam melalui kehidupan berumahtangga, aku cukup bahagia hidup bersama suamiku yg tercinta.. Semoga Engkau merahmati dan memberkati hubungan ini sehingga ke JannahMu. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yg Pertama My Dear Mohamad Taufik bin Sugiyo.. Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin..